Tuesday, March 15, 2011

kaget.

Akmal menyeka peluh di lehernya
sudah berjurai-jurai keluar.
mklumlah, jarak dari stesen LRT rumahnya dengan kampus agak jauh
bukan kepalang penat yang menimpa Akmal
berjalan kaki sejauh kira-kira 3 km memang mencabar.
ditambah lagi dengan terik mentari yang memancar.
betul-betul mencabar imannya pada hari itu


Akmal tidak mahu menyusahkan rakannya
sebelum ini, dia selalu demand
selalu mahu dijemput pulang dengan motor milik rakannya itu
namun pada kali ini,
dia nekad tidak mahu menyusahkan Adib
Adib perlu membereskan tugasan yang diberikan pada minggu lalu.
Akmal tidak sampai hati menyusahkan rakannya yang baik hati itu.
"biarlah dia menyiapkan tugasannya", bisik Akmal.


Berjalan kaki bukanlah perkara baru dalam hidupnya.
sebelum ini, Akmal lebih cenderung berjalan kaki
berbanding menaiki pengangkutan awam.
baginya, duit dapat dijimatkan selain dapat menyihatkan tubuh.
peluh yang keluar amat menyegarkan.
sesuatu yang pelik untuk didengar, 
tetapi benar. dan terbukti.


Sesudah sampai ke kampusnya,
Akmal segera ke library untuk berjumpa rakan-rakannya
berlari-lari anak beliau ke library tersebut.
Maklumlah, rindu kepada teman-teman sekuliahnya semakin menebal
dua hari lepas, Akmal tiada
mempunyai urusan keluarga.


Tiba-tiba Akmal terserempak dengan salah seorang teman rapatnya disana, Baim.
tiada seulas senyuman langsung terlakar di bibirnya
namun, Akmal tetap menegur Baim seperti biasa.
"heyy Baiiimmm", sapa Akmal dengan girang.
Namun hanya sepi. hening suasana.
Akmal kehairanan.
Dia tidak menyangka Baim bertindak sebegitu.
selalunya dia tidak seperti ini.
hanya masam mencuka yang terbit di wajahnya.
Akmal turut menyepi.
sangkaannya, mungking dirinya ada melakukan kesilapan
Mungkin sebab itulah Baim bertindak sebegitu.


Akmal menghantar sms kepada Malik, teman rapat mereka
bertanyakan hal sebenar.
Malik turut bertanyakan hal yang sama.
Seribu tanda tanya membelenggu mereka berdua
Apa sudah jadi kepada Baim?
Sudah dirasuk hantu kah?
Sudah putus cinta kah?
atau sudah tawar hati dengan mereka berdua?


Pada petang itu, Akmal hanya membisu.
Hanya membisu kepada Baim sahaja.
rakan-rakan yang lain dilayan seperti biasa.
Akmal sengaja menunjukkan protesnya keatas Baim.

Akhirnya, mereka berdua ditakdirkan duduk bersebelahan didalam bas dalam perjalanan pulang.
Akmal terpaksa menjernihkan keadaan dengan menyapa Baim yang duduk disebelahnya.
Dia menegur Baim dengan lemah lembut,
dikhuatiri Baim akan bertindak diluar keadaan jika dia bercakap kasar.
"Baim, kau okey?", sapa Akmal sambil menunjukkan ibu jarinya kepada Baim
"Okey", balas Baim dengan muka yang masih mencuka kemasaman.
"Aku tau kau tak okey. Cuba kau citer kalau ada pape masalah", tegur Akmal.
"Takpe, nanti aku cakap kat kau kalau aku dah ready", balas Baim.


Akmal kembali membisu seribu bahasa. 
Buntu memikirkan ayat apa yang hendak dibualkan bersama.
Terasa janggal untuk berbual dalam keadaannya seperti ini.
Selalunya, merekalah yang paling rancak berbual sehingga ketawa berdekah-dekah.
Namun hari itu, semuanya berubah dengan sekelip mata.


Jauh di sudut hati, Akmal berdoa agar tiada apa yang boleh menggugat hubungan persahabatan antara dia, Baim dan Malik. Amin









No comments:

Post a Comment