Saturday, March 12, 2011

adat la.

"tolong la terima kekalahan, Abu"
berkali kali kalimah itu cuba disematkan dihatinya.
jiwanya seakan memberontak ketika dirinya ditewaskan
bukan apa, itu hanyalah permainan.
sudah menjadi adat
kalah dan menang menjadi taruhan.

tetapi Abu tetap berkeras
dia tetap mahu menang.
walaupun sukan bola tampar itu masih mentah di sanubarinya,
namun Abu rasakan ianya sebati dalam jiwanya.
dengan sekelip mata, Abu dapat mengagak rentak 
bola tampar sememangnya mudah dimainkan.
sangat mengasyikkan si pemainnya.
terutama kepada Abu.

Abu rasakan ianya tidak adil 
jika orang sepertinya kalah, dan kalah didalam setiap game.
namun dia akui, memang sukar untuk menang
terutamanya apabila dia orang baru.
orang baru yang mudah untuk ditumpaskan
yang lebih memeritkan,
si opponent durjana hanya memandang dia
dengan senyuman sinis.
dengan hilai tawa kegembiraan
ianya amat memeritkan 
amat menyakitkan hati dan jiwa mudanya itu.
menggelegak dan membuak-buak darahnya

Sabar.
itu yang menjadi benteng iman kita
sabar.
itu yang menjadikan kita istimewa di mata mereka.
begitulah azam Abu.



No comments:

Post a Comment