Tuesday, March 15, 2011

Bibah.

Remy terpaku di kerusinya sendiri.
memandang sepi ke arah skrin laptop Asus nya.
kosong. yang ada hanyalah wajahnya yang lesu tidak bermaya.

Remy cuak melihat Bibah
wajah ayunya tenggelam dek emosinya.
Tak tau la apa yang mengganggu gadis itu
Remy hanya mampu menjeling ke arah Bibah sekali sekala
kecut perutnya tatkala melihat renungan tajam Bibah.
dengan mulutnya yang munggil menjuih.
cukup mengerikan apabila dia beremosi.


pernah sekali dulu-dulu, rakannya si Melati ditempiknya.
kesian pula mendengar cerita sedih si Melati tu.
tapi, salah  Melati juga.
Kuat sungguh mengenakan dan menyakat orang.
kan dah kena sebijik dua.


Kembali aku ke alam nyata.
Bibah dihadapanku.
Kini aku dan dia sahaja
berdua-duaan.
Aku membisu seribu bahasa.
bercakap hanya perlu.
Bibah datang bulan?
rasanya bulan April tak sampai lagi kot.
musykil melanda di hati Remy


Ikutkan hati, mahu sahaja dihumban perasaan ingin tahu itu ke arah Bibah
Buntu memikirkannya.
Bukan apa, selama ini mereka berdua amat rapat.
bak kata orang, teman tapi mesra
malam ini terasa lain.
seram sejuk pula melihat keletah si Bibah ni.


Awok da kabor, awok tokleh kawal buoh pinggang awok nihh.


tiba tiba Remy teringat tagline tu pula.
memang lari topik.


Remy hanya mampu memainkan lagu-lagu Taylor Swift sebagai satu-satunya bahan untuk mengelakkan atmosfera yang sunyi dan sepi.
Untuk mengelakkan kedinginan si Bibah.


belum sempat lagu Taylor Swift yang kiut itu habis,
Remy cabut naik ke bilik 
menghiraukan Bibah yang masih menelaah laptopnya itu.
Remy ingin lari jauh daripada mimpi ngerinya malam ini.










No comments:

Post a Comment